(Disclaimer: Cerita ini berdasarkan
kisah benar, namun watak dan latar belakang diubah dari sedikit supaya tidak
mengaibkan mana-mana pihak.)
Wednesday, July 1, 2020
Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?
Bab 2.8 Pentadbir Pusaka Tak Amanah?
Tuesday, June 30, 2020
Bab 2.7 Tanggungjawab Pentadbir dan Pemegang Amanah
Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik oleh si mati ketika hayat atau waris yang lain perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Antara tanggungjawab yang perlu dijalankan adalah:
Menjelaskan segala perbelanjaan yang berkaitan dengan pengkebumian
dan pengurusan jenazah.
Pentadbir dan pemegang
amanah perlu jelaskan segala belanja pengkebumian dan pengurusan jenazah si
mati. Jika ada waris yang dahulukan duit
belanja tersebut, pentadbir perlu ganti semula melainkan waris berkenaan tidak
tuntut dan pentadbir tidak perlu menggantikan duit tersebut.
Melangsaikan Hutang Si mati
Pentadbir perlu
melangsaikan hutang yang ditinggalkan dengan menggunakan duit pusaka. Hutang ini termasuk hutang dengan individu,
syarikat mahu pun berhutang dengan Allah S.W.T.
Sebagai contoh hutang fidyah dan apa-apa bentuk zakat yang tertunggak.
Memungut Hutang Si Mati
Pentadbir dan Pemegang Amanah perlulah memungut hutang-hutang yang masih
belum dibayar ketika hayat si mati. Hutang-hutang
yang dipungut hendaklah dikumpulkan dengan harta pusaka yang lain dan ditadbirkan
seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan hukum Syarak.
Mengumpulkan Harta Pusaka
Dengan kerjasama dari waris-waris si mati,
Pentadbir dan Pemegang Amanah hendaklah mengambil tanggungjawab untuk
mengumpulkan kesemua harta pusaka dengan senaraikan harta yang ditinggalkan dan
kumpulkan dokumen seperti geran atau perjanjian jual beli hartanah, sijil saham
dan lain-lain lagi.
Bertanggungjawab
menjaga harta pusaka yang berbentuk amanah
Pemegang Amanah boleh mempertimbangkan
untuk mendapatkan perlindungan takaful untuk hartanah yang ditinggalkan dari risiko seperti kerosakan, kebakaran atau
kemusnahan. Kos untuk langganan perlindungan takaful ini hendaklah ditolak dari
harta pusaka si mati.
Bertanggungjawab mengagihkan harta kepada waris yang tidak dapat
hadir
Sekiranya terdapat waris yang tidak dapat dikesan ketika pembahagian harta pusaka dibuat, maka Pentadbir dan Pemegang Amanah hendaklah memegang harta secara amanah mengikut jumlah bahagian faraid sehingga waris berkenaan hadir membuat tuntutan dari Pentadbir dan Pemegang Amanah.
Jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh masa yang di fikirkan sesuai, Pentadbir dan Pemegang Amanah boleh menguruskan bahagian tersebut mengikut peruntukan undang-undang yang tertakluk ke atasnya. Segala perbelanjaan boleh ditolak dari bahagian waris tersebut.
Pentadbiran Harta Pusaka
Pentadbir bertanggungjawab untuk uruskan harta pusaka si mati sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi dan Pentadbir perlu jelaskan kos pengurusan pusaka. Apabila aset telah dicairkan, kos tadi ditolak dari pusaka si mati terlebih dahulu dan baru pembahagian di buat mengikut hukum faraid.
Bab 2.6 Perbezaan Kematian ada Pentadbir Atau Tiada Pentadbir
|
Pemilik Harta Melantik Pentadbir ketika Hidup |
Pemilik Harta Tidak Melantik Pentadbir ketika Hidup |
|
1.Waris-waris
tahu siapa Pentadbir yang diamanahkan untuk uruskan pusaka si mati. |
1.Waris-waris
tidak tahu siapakah Pentadbir yang akan uruskan harta si mati. Boleh
menyebabkan tertangguh urusan pusaka disebabkan lambat untuk melantik
Pentadbir. |
|
2.Dokumen Perlantikan
Pentadbir ada memperincikan tugas sebagai Pentadbir yang perlu dilaksanakan
dan Pentadbir ini akan memastikan semua waris mendapat bahagian/ hak yang
sewajarnya. |
2. Tiada penjelasan tentang
tanggungjawab yang perlu dibuat oleh Pentadbir. Berkemungkinan Pentadbir yang
akan dilantik tidak tahu tentang faraid dan hal pusaka. Ini akan menyebabkan
pembahagian harta tidak dapat dibuat dengan sebaiknya. |
|
3. Memudahkan urusan
tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil |
3.
Menyukarkan proses tuntutan dan perlu menyediakan 2 orang penjamin yang
mempunyai nilai harta yang sama dengan si mati. |
Selain
daripada untuk bantu dalam urus pusaka si mati, perlantikan pentadbir atau wasi
sangat penting bagi tujuan penjaga harta bagi anak-anak bawah umur dan
mempunyai waris yang kurang upaya. Ibu
dan bapa sahaja lah yang boleh menilai atau tahu siapakah waris terdekat yang
paling layak atau dipercayai untuk diamanahkan menjaga harta dan kebajikan
anak-anak. Sekiranya ada pasangan yang
meninggal dunia secara serentak, sekurang-kurangnya ada orang yang diamanahkan untuk
menjaga anak-anak ini.
Bab 2.5 Secara Ringkas Proses di Mahkamah Tinggi Sivil
- Wasiat pentadbiran adalah perlantikan Wasi yang telah dibuat semasa hidup. Sekiranya wasiat tersebut adalah sah dari segi undang-undang, pihak Mahkamah akan keluarkan Surat Probet. Surat Probet ini akan dikeluarkan setelah semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Mahkamah telah lengkap. Kemudian Perintah Pembahagian dikeluarkan untuk harta tak alih dan surat tersebut perlu dibawa ke Pejabat Tanah agar nama pentadbir dapat didaftarkan sebagai orang yang uruskan harta si mati.
- Sekiranya si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat semasa hidup, segala dokumen seperti yang di atas perlu disediakan dan yang membezakan adalah perlu ada permohonan untuk surat kuasa mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah dibuat. Pemohon juga perlu menyediakan 2 orang penjamin yang sama nilai harta si mati. Sekiranya pemohon tidak dapat 2 orang penjamin yang sesuai, pemohon bolehlah memohon di Mahkamah untuk pengecualian 2 orang penjamin. Namun begitu, sudah pasti ada kos yang perlu dibayar untuk permohonan ini. Surat mentadbir akan dikeluarkan setelah perintah permohonan pengecualian penjamin dikeluarkan. Proses ini lebih panjang sedikit dan akan ambil masa.
Tinta Pengarang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca ebook ini. Puji dan Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan ebook pertama saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami dan anak-anak saya kerana memahami saya dan menjadi pemangkin untuk saya terus berjuang dalam perwarisan harta Islam. Selain daripada itu, ucapan terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad kerana telah membimbing saya dalam menghasilkan ebook pertama.
Ebook pertama ini adalah perkongsian saya dalam ilmu perwarisan harta Islam. Penulisan yang santai dan tidak terlalu teknikal untuk orang awam dan sangat sesuai bagi mereka yang baru hendak memahami secara asas bagaimana harta pusaka hendak diurus dan pentingnya harta sedia ada perlu dirancang semasa hidup lagi. Penjelasan tentang kekeliruan dan salah faham masyarakat tentang harta pusaka telah dikupas agar lebih ramai orang faham dan cakna tentang harta yang akan ditinggalkan. Ada juga yang ditulis dalam bentuk penceritaan, dialog dan kisah benar bagaimana waris menghadapi cabaran semasa tuntutan pusaka dijalankan.
Ketika penulisan ini ditulis, kita banyak dihidangkan di media sosial dengan pelbagai kemelut antara keluarga mentua buang menantu, adik beradik rebut harta, adik ipar masuk campur dalam urusan harta pusaka yang ditinggalkan. Isteri pula terpaksa menyara anak-anak sendirian, sedangkan ada waris lain yang perlu laksanakan tanggungjawab mereka dalam membantu waris yang ditinggalkan. Lebih malang lagi ada waris yang hidup merempat dan terpaksa menanggung hutang si mati.
Melihat kepada senario ini, secara umumnya ada dikalangan umat Islam di Malaysia tahu cara mengumpul harta tetapi tidak tahu bagaimana hendak merancang harta. Sedangkan harta yang dirancang dengan baik dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Malah ada juga stigma dikalangan masyarakat kita merasakan harta tidak banyak dan tidak perlu untuk merancang. Sebenarnya ianya bukanlah berapa banyak harta yang ada, tetapi rancang harta semasa hidup dapat mudahkan proses tuntutan pusaka selepas ketiadaan kita nanti.
Menurut rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JLPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), sebahagian besar harta yang beku adalah dalam bentuk hartanah dan wang. Sikap yang suka bertangguh dan kurang kesedaran tentang perwarisan harta inilah menyebabkan harta pusaka tidak dapat diwarisi oleh waris yang berhak dan menyebabkan ada ahli keluarga berbalah sesama sendiri dan terputusnya silaturrahim.
Mengapa kita perlu mengambil risiko untuk keluarga kita sendiri, sedangkan kita mampu untuk ubahnya. Kita merancang dan Allah juga merancang untuk kita. Dengan sedikit usaha yang kita buat sekarang, kita berserah dan doa sahaja yang baik-baik. Mudah-mudahan niat yang baik dan usaha kita itu mendapat redha dariNya. Harta yang dapat dimanfaatkan akan menjadi ladang pahala yang berpanjangan buat si mati di alam sana. Pilihan di tangan anda dan bertindak segera sebelum terlambat. Rancanglah harta kerana anda sayang keluarga anda.
Salam Sayang,
Eko Salina Kasman
6.00
pm, 30 Jun 2020.
Saturday, June 27, 2020
Bab 5.1 Apa Itu Faraid?
Sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia (ilmu faraid) adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi, malangnya ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
- Ada yang Mati - Ianya terpakai apabila individu Islam meninggal dunia.
- Ada Harta - Individu yang meninggal dunia mestilah meninggalkan harta. Sekiranya tiada harta, kiraan faraid tidak dapat dibuat dan tiada apa yang boleh dibahagikan.
- Ada Waris - Faraid ini hanya terpakai sekiranya mempunyai waris sahaja.
Persoalannya, berapa
ramai di antara kita yang benar-benar tahu siapa waris faraid dan bagaimana
pula cara pengiraan pembahagian faraid.
Berikut adalah contoh
pengiraan Faraid secara ringkas untuk pemahaman pembaca.
Contoh: Seorang suami
meninggalkan:
- 1 orang Isteri
- Ibu
- Bapa
- 1 orang Anak lelaki
- 1 orang Anak perempuan.
Cara pengiraan adalah seperti berikut:
Jadual 1: Contoh
Pengiraan Faraid
|
Waris |
Bil |
Bahagian Asal |
Bahagian Akhir Setiap Waris |
|
Isteri |
1 |
1/8 |
9/72 |
|
Ibu |
1 |
1/6 |
12/72 |
|
Ayah |
1 |
1/6 |
12/72 |
|
Anak Lelaki |
1 |
2 Bahagian |
26/72 |
|
Anak Perempuan |
1 |
1 Bahagian |
13/72 |
- Perlu mengetahui bahagian masing-masing. Bahagian Isteri, Ibu dan Ayah adalah tetap pada kadar 1/8, 1/6, 1/6 bahagian masing-masing.
- Untuk menentukan bahagian Anak Lelaki dan Anak Perempuan, pengiraan adalah seperti berikut:
a. Kira baki jumlah bahagian Anak Lelaki dan Anak
Perempuan
1 - 1/8 - 1/6 - 1/6 = 13/24
b. Jumlah 1 bahagian Anak Lelaki adalah bersamaan 2
bahagian Anak Perempuan. Jadi jumlah 13/24 perlu dibahagi kepada 3 bahagian untuk mendapatkan 1
bahagian Anak Perempuan, seperti berikut:
( 13/24 bahagi 3 ) = 13/24 x 1/3 = 13/72
c. 1 bahagian Anak Lelaki adalah seperti berikut:
13/72 x 2 = 26/72
Jadual 1 dilengkapkan dengan mendapatkan pecahan setara bagi bahagian isteri, ibu, ayah dan anak-anak dengan pembawah adalah 72.
Setiap diri kita mempunyai struktur faraid yang berbeza
bergantung kepada waris-waris yang masih hidup selepas pemergian kita nanti.
Namun, secara asasnya, pengiraan faraid yang dikongsikan boleh diaplikasikan
dalam membuat pengiraan faraid masing-masing.
Friday, June 26, 2020
Bab 4.10 Waris Buat U-Turn
Bab 4.9 Siapa Yang Akan Tanggung Kos Pengurusan Harta Pusaka?
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah al-Ra'du, ayat 11)
Bab 4.6 Kubur Suami Masih Merah, Dah Tanya Pasal Pusaka!
Bab 4.8 Hibah Takaful Boleh selesaikan Pusaka?
"Puan, ada yang kata jika saya ambil hibah takaful boleh selesaikan Pusaka?"
"Sudah membuat perancangan harta seperti Hibah?" Jawapan yang diberikan adalah YA.
"Hibahkan harta apa ya?" Jawapan yang diberikan adalah HIBAH TAKAFUL.
- Takaful adalah pelan perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya sekiranya berlaku musibah.
- Musibah adalah hilang upaya atau cacat kekal atau pun kematian. Jika berlaku hilang upaya dulu, duit pampasan tadi akan diberikan terus kepada pemegang polisi. Jika ada tuntutan harta selepas kematian, adakah hasrat untuk bayar tuntutan pusaka bahagian waris faraid lain akan tercapai? Sudah tentu duit pampasan tadi telah digunakan untuk kelangsungan hidup pemegang polisi.
- Sekiranya berlakunya polisi Takaful 'lapse', adakah manfaat takaful ini dapat diteruskan? Kebiasaannya apabila polisi 'lapse', jarang sekali pemegang polisi hendak teruskan langganan takaful. Oleh itu, adakah hasrat untuk selesaikan harta pusaka dapat dibuat?
- Manfaat Takaful yang diterima oleh waris boleh membantu urusan Pusaka, namun begitu ianya masih belum dapat selesaikan urusan pusaka sepenuhnya. Sebagai contoh sebuah rumah, rumah merupakan harta yang paling sensitif dalam sesebuah keluarga. Mungkin itu je lah satu-satunya rumah yang ada dan juga banyak kenangan yang ada bersama pasangan. Hendak dijual sayang pula. Mungkin sekarang kita beli rumah dengan harga RM200,000 tapi adakah 20 tahun akan datang harga rumah masih sama? Mungkin nilai rumah meningkat menjadi RM700,000. Pada asalnya polisi takaful yang di ambil hanyalah RM200,000 sahaja. Jika si mati ada meninggalkan ayah dan ibu, adakah mencukupi untuk bayar wang yang dituntut oleh waris yang ada? Sedangkan dari segi hukum faraid, semua waris berhak ke atas harta pusaka.
- Bagaimana pula manfaat takaful ini digunakan untuk jelaskan fi pengurusan pusaka? Penerima Hibah boleh sahaja menolak untuk tidak bayar fi pengurusan pusaka atau pun tidak langsaikan hutang si mati.
- Rumah adalah harta yang mempunyai NILAI yang tinggi. Tidak mustahil ada waris yang TIDAK MAHU melepaskan hak mereka.
- Pengamanahan kepada orang yang dipercayai juga amat penting terutama sekali jika ada anak-anak bawah umur.
- Sebaiknya selamatkan harta yang ada ditangan. Rumah adalah tempat isteri dan anak-anak untuk berteduh. Mungkin lebih dari itu kerana ia melambangkan kasih sayang sebuah keluarga. Jika rumah hendak dipecahkan mengikut bahagian waris yang lain, ianya agak sukar juga. Ini kerana sifat aset tersebut yang tidak mudah dicairkan. Sepatutnya harta yang ditinggalkan menjadi barakah tetapi menyusahkan waris pula.
4.7 Milik Siapakah Barang Kemas yang Dihadiahkan Anak Selepas Ibu Meninggal?
- Barang kemas, milik siapa pula?
- Adakah milik anak yang hadiahkan sebelum ini?
- Adakah milik anak perempuan sahaja?
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).” (Surah an-Nisa’, ayat 29)
Thursday, June 25, 2020
Bab 4.5 Persepsi Salah Isteri Terhadap Harta Pusaka Suami
Bab 4.4 Waris Tahu Nak Uruskan Harta?
Bab 4.3 Buat Wasiat Kepada Waris Faraid?
"Ayah mewasiatkan sebidang tanah kepada Ali, satu-satunya anak lelaki ayah". Kata ayah dihadapan anak-anak perempuannya yang lain.
"Selepas ibu mati nanti, rumah ini milik kamu. Dengan syarat, selepas kematian ibu, kamu mesti ceraikan isteri kamu".
Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?
Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya. Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...
-
Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik oleh si mati ketika hayat atau waris yang lain perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh aman...
-
Setiap orang pasti ingin melihat ibunya gembira dan bahagia. Walau sejuta duit kita hadiahkan padanya, belum tentu lagi nilai sejuta itu sa...
-
"Puan, ada yang kata jika saya ambil hibah takaful boleh selesaikan Pusaka?" Adakah ini sekadar Persepsi sahaja ATAU Realiti? Se...