Kekeliruan atau persepsi salah yang sering berlaku di kalangan para isteri terhadap harta pusaka
suami adalah:
1. Rumah bersama
- Para isteri beranggapan rumah yang dibeli bersama secara automatik apabila suami meninggal dunia, akan menjadi milik penuh isteri. Realitinya apabila berlaku kematian, isteri perlu melalui proses-proses tertentu bagi mendapatkan surat kuasa. Apabila telah dapat surat kuasa barulah harta tersebut dapat dibahagikan. Jika dilihat dari segi pembahagian rumah, 50% adalah bahagian suami dan 50% adalah bahagian isteri. Manakala bahagian suami tadi perlu difaraidkan.
2. Penama KWSP
- Penama di KWSP hanya untuk memudahkan pengeluaran wang. Sekiranya suami melantik isteri sebagai penama di KWSP, itu tidak bermakna wang di KWSP adalah 100% milik isteri. Isteri adalah bertindak sebagai pentadbir dalam urusan tuntutan duit di KWSP apabila suami meninggal dunia. Isteri perlu mengagihkan wang KWSP mengikut faraid.
3. Pusaka anak bawah umur boleh dapat secara automatik
- Perlu difahami, Ibu bukanlah pemegang harta bagi anak bawah umur 18 tahun. Sebagai contoh seorang suami meninggalkan simpanannya sebanyak RM150,000 di Amanah Saham Bumiputera. Apabila kematian suami, bahagian anak bawah umur di pegang oleh Amanah Raya Berhad (ARB) sehingga anak berumur 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, isteri boleh membuat permohonan di ARB secara berkala. Sebagai contoh bagi tujuan pendidikan anak.
No comments:
Post a Comment