Sebelum Puan Aminah dan waris yang lain dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil, adik beradik arwah suaminya sudah bersetuju untuk melepaskan hak masing-masing. Selepas kematian suaminya, kini Aminah hidup sebatang kara dan akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan harta pusaka yang ditinggalkan oleh suaminya. Hendak bekerja kudrat sudah tiada, maklumlah sudah berumur 65 tahun.
Harta yang ditinggalkan tidaklah banyak mana, cuma sebuah rumah yang sekarang diduduki oleh Puan Aminah, 1 ekar kebun kelapa sawit yang telah dipajakkan dan sedikit wang simpanan dan pelaburan. Jika diikutkan cukuplah untuk menampung kehidupan Puan Aminah seorang diri.
Semasa perbicaraan sedang dijalankan, tiba-tiba abang sulong arwah suami Aminah ingin menuntut haknya. Terkejut juga Aminah dengan keputusan abang iparnya itu. Sangkaannya mereka semua bersetuju seperti yang telah dibincangkan sebelum hadir perbicaraan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Begitulah, siapa tidak mahu dapat duit terpijak. Walaupun tidak banyak sekalipun, ianya tetap bernilai di mata waris. Begitu juga dengan hati manusia, mudah berbolak balik dan tidak tetap dengan keputusan yang telah dibuat.
Bagi golongan kritikal, apabila tidak merancang pewarisan harta semasa hidup, waris terdekat akan menghadapi risiko dan cabaran dalam menghadapi waris-waris yang lain. Mengapa pemilik harta perlu mengambil risiko sedangkan anda sendiri boleh elak risiko dan memilih untuk kepastian? Rancang harta bukan untuk elak faraid, tetapi rancang harta kerana orang yang kita sayang.
(Disclaimer: Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun mati. Tetapi ditulis untuk di ambil ikhtibar berdasarkan kes yang pernah berlaku iaitu waris buat U-Turn).
No comments:
Post a Comment