Friday, June 26, 2020

Bab 4.9 Siapa Yang Akan Tanggung Kos Pengurusan Harta Pusaka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah al-Ra'du, ayat 11)
Sekiranya semasa hidup tidak membuat apa-apa perancangan harta, belum tentu lagi waris kita akan bantu dalam urusan pusaka kita nanti.  Semasa hidup mungkin kita banyak harta, namun belum tentu waris yang ditinggalkan mempunyai harta yang sama banyak seperti ayah dan ibunya.  

Tahukah Anda?

Selepas berlakunya kematian, semua harta yang berdaftar sama ada harta alih dan tak alih akan terbeku.  Sekiranya harta yang ditinggalkan adalah sebanyak RM2.1 juta, berapa pula fi yang akan dikenakan untuk dicairkan.  Adakah RM5,000 atau RM10,000 atau RM50,000?

Tahukah Anda?

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. 

Sekiranya harta pusaka yang di tinggalkan adalah seperti berikut:

1.  Rumah semi D - RM 1,200,000
2.  KWSP - RM600,000
3.  Pelaburan di Unit Amanah - RM100,000
4.  Tabung Haji - RM50,000
5.  Amanah Saham Bumiputera - RM50,000
6.  Saham Koperasi - RM100,000

Jumlah keseluruhan harta adalah bernilai RM2.1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM105,000.  Ini tidak termasuk kos rampaian dan caj yang lain yang dikenakan oleh Syarikat Peguam atau Syarikat Amanah.  Kebiasaannya pihak peguam  atau Syarikat Amanah akan kenakan bayaran pendahuluan sebelum kerja-kerja dijalankan.  Oleh yang demikian, tanggungjawab warislah untuk bayar kos pengurusan yang diperlukan.

Mungkin ada waris yang mampu dan mungkin ada waris yang kurang berkemampuan.  Kepada waris yang tidak mampu akan rasa terbeban untuk tampung perbelanjaan pusaka.  Tidak mustahil, proses tuntutan pusaka ini tidak akan diteruskan kerana mengharapkan waris yang berkemapuan untuk membayarnya.  Waris yang dirasakan mampu pula, tidak tahu sejauh mana keikhlasannya untuk bantu dalam urus tadbir pusaka ini.  Cabaran seperti inilah yang menyukarkan proses kecairan aset dibuat dan saban tahun statistik harta terbeku akan terus meningkat.

No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...