Setiap orang pasti ingin melihat ibunya gembira dan bahagia. Walau sejuta duit kita hadiahkan padanya, belum tentu lagi nilai sejuta itu sama dengan jasa seorang Ibu.
Apabila tibanya Hari Ibu atau Hari Kelahiran Ibu, anak-anak pasti teruja untuk membeli hadiah. Antara hadiah yang biasa diberikan ialah barang kemas. Barang kemas memang sinonim dengan wanita. Harganya pun boleh tahan juga. Lagi disimpan hingga 10 tahun akan datang, pasti harganya meningkat dan kini pun boleh cecah sehingga RM200/g. Ini yang membuatkan ramai wanita suka membelinya sebagai pelaburan atau pun digunakan sewaktu kecemasan.
Namun begitu, apabila ibu kita meninggal dunia, bolehkah si pemberi tadi mengambil semula hadiah yang telah diberikan kepada ibunya?
Persoalannya:
- Barang kemas, milik siapa pula?
- Adakah milik anak yang hadiahkan sebelum ini?
- Adakah milik anak perempuan sahaja?
Ramai yang keliru dan tidak faham tentang ini. Ada juga yang telah mendapat pesanan awal lagi sebelum ibu meninggal, barang kemas ni boleh diambil semula jika ibu tiada nanti.
Tahukah Anda
Barang Kemas tersebut adalah PUSAKA arwah ibu kita. Sekiranya si pemberi tadi hendak mengambil semula, perlu mendapat keizinan daripada semua waris yang ada. Minta izin dan minta izin daripada semua waris. Ada pula yang beranggapan, barang kemas untuk wanita sahaja, makanya hak si anak lelaki diketepikan. Jangan begitu ya kerana haram hukumnya memakan harta batil.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).” (Surah an-Nisa’, ayat 29)
No comments:
Post a Comment