Di Malaysia, terdapat 3 agensi yang berbeza dalam urus tadbir pusaka orang Islam. Wujudnya pelbagai agensi ini menyebabkan kekeliruan dan ketidakfahaman masyarakat kita dalam menguruskan harta pusaka.
Ramai yang beranggapan, apabila
sebut tentang harta pusaka waris hendaklah tuntut di Amanah Raya Berhad.
Sedangkan jika si mati mempunyai harta tak alih, waris perlu membuat permohonan
di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Ada waris yang yang
tidak faham dan membuat permohonan di Mahkamah Tinggi, sedangkan harta yang
ditinggalkan tidak sampai RM2 juta. Ini menyebabkan kos pengurusan yang
perlu waris bayar lebih tinggi berbanding di Pejabat Pusaka Kecil.
Ada juga dikalangan waris beranggapan adalah tidak berbaloi untuk cairkan aset jika nilaian harta yang ditinggalkan sangat sedikit berbanding dengan kos pengurusan yang dikenakan. Di tambah pula, waris tiada masa untuk uruskan pusaka. Ini menyebabkan waris mengambil keputusan untuk membiarkan harta si mati terus terbeku.
Selain daripada tidak faham dengan prosedur urus tadbir pusaka, ada waris yang tidak tahu siapakah waris faraid si mati. Hal ini sangat ditakuti kerana dikhuatiri waris termakan harta yang bukan haknya.
Sekiranya masyarakat hari ini bersikap terbuka untuk mendengar dan mempelajari ilmu perwarisan ini, ianya akan memberi impak yang besar kepada generasi akan datang. Malah, harta yang ditinggalkan oleh si mati tidak lagi membantu dalam peningkatan statistik harta terbeku.
No comments:
Post a Comment