Di bawah adalah proses secara ringkas permohonan dibuat di Pejabat
Pusaka Kecil:
- Waris perlu kumpulkan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan hendak dibuat.
- Waris perlu isi borang A dan Borang DDA (Lengkap di isi dan ditandatangani di hadapan Persuruhanjaya Sumpah/ Majistret)
- Setelah borang diisi dan dokumen lengkap, penfailan kes pusaka
- Perbicaraan Pusaka Kecil
- Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa dikeluarkan
- Waris-waris Mendaftarkan Perintah di Institusi berkaitan (Cairkan Harta dan Daftar Perintah di Pejabat Tanah)
- Permohonan Ulang Bicara sekiranya ada harta yang tertinggal atau pembatalan pentadbir (Borang P)
a) Bukti Kematian - Sijil kematian/permit kubur/ Perintah Anggapan Kematian.
b) Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang)
c) Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun)
d) Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada
e) Dokumen harta tak alih - Contoh adalah geran rumah atau 2 salinan surat perjanjian jual beli bagi rumah yang masih dalam pinjaman.
f) Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada
g) Salinan dokumen harta alih seperti salinan akaun bank, Penyata KWSP, sijil saham, geran kenderaan dan lain-lain.
h) Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati jika ada.
No comments:
Post a Comment