Thursday, June 25, 2020

Bab 3.5 Perlu Ke Buat Perancangan Harta Tapi Harta Tak Banyak?

Harta saya tak banyak mana pun. Adalah duit simpanan sikit.  Duit KWSP, rumah sebiji, kereta dan motor. 

Soalan:

Harta ni semua dapat kat isteri dan anak-anak saya jugakan Puan?

Jawapan:

Di sini terdapat 2 isu iaitu Isu Pentadbiran dan Isu Pembahagian.

  • Isu Pentadbiran - Dari harta yang dinyatakan, waris perlu mendapatkan surat kuasa di Pejabat Kuasa Kecil kerana mempunyai sebiji rumah.  Bagi cairkan harta yang ditinggalkan, perlu ada wakil untuk uruskannya. Selain daripada itu perlu ada peruntukan wang untuk bayar kos pengurusan pusaka.  Andaikata pasangan meninggal dunia secara serentak dan mempunyai anak bawah umur 18 tahun ke bawah, adakah mereka berupaya untuk cairkan harta yang ditinggalkan dan adakah mempunyai wang untuk bayar kos pengurusan pusaka. Bahagian pusaka berbentuk wang bagi waris bawah umur ini akan dipegang oleh Amanah Raya Berhad.  Di sinilah betapa pentingnya perlatikan Wasi semasa hidup sebagai alternatif untuk membawa kes tuntutan pusaka ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk dibicarakan dan menguruskan waris yang di amanahkan dapat uruskan bahagian harta anak bawah umur.

  • Isu Pembahagian - Ramai yang masih tidak sedar terdapat 25 golongan yang mungkin boleh mendapatkan bahagian faraid kita.  Setiap individu mempunyai struktur faraid yang berbeza.  Oleh itu, sekiranya ada hasrat yang tertentu adalah lebih baik untuk membuat dokumen bertulis dan sah dari segi hukum syarak.  Sebagai contoh adalah rumah.  Ini adalah kerana rumah dari segi fizikalnya agak sukar untuk dibahagikan dan rumah mempunyai nilaian harga yang tinggi dan boleh menjadi rebutan waris-waris pada masa akan datang.  Oleh yang demikian, jika ada hasrat lain selain daripada faraid, pemilik harta boleh lah buat hibah bagi menggelakkan harta tersebut menjadi rebutan dan tiada penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...