Bermula daripada menulis secara suka-suka, penulis memberanikan diri untuk menghasilkan ebook pertama. Anak kelahiran Johor ini suka menulis secara santai dan mempunyai blog sejak 2014 yang banyak berkisarkan tentang kehidupan dan juga rancang harta Islam.
Eko Salina binti Kasman dilahirkan di Muar, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam Selangor. Kemudian mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tun Ismail, Batu Pahat Johor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam pengkhususan Kewangan di Uitm Shah Alam.
Beliau bertugas dalam bidang kewangan dari pelbagai syarikat swasta selama 19 tahun sebelum berkecimpung dalam bidang jualan dan pemasaran iaitu menjadi Perunding Takaful, Unit Amanah dan Pewarisan Harta Pusaka sepenuh masa pada tahun 2018. Bagi menambah nilai kepada masyarakat di luar sana khususnya orang Islam, penulis mengambil kursus Profesional dan mempunyai kelayakan dalam Shariah Registered Financial Planner oleh Malaysia Financial Planning Council (MFPC). Kini beliau adalah Penasihat Kewangan di salah sebuah Syarikat Kewangan Berlesen di Kuala Lumpur dan sekaligus dapat membantu pelanggan untuk merancang kewangan secara holistik.
Sepanjang pembabitan beliau dalam bidang perwarisan harta Islam, beliau dapati masih ramai lagi masyarakat kita khususnya umat Islam yang masih keliru dan kurang faham berkenaan faraid dan juga urusan pusaka. Dari situ lah beliau mula berkolaborasi bersama Team di FB page Umi Khlsom - Wasiat, Hibah, Faraid dan berkongsi penulisan tentang pewarisan harta Islam. Harapan penulis dengan terhasilnya ebook pertama ini, semoga dapat memberi manfaat dan dapat membantu para pembaca bagaimana hendak bermula dalam urusan pusaka serta kepentingan merancang harta semasa hidup supaya umat Islam akan datang tidak menyumbang lagi angka dalam statistik 70 bilion harta terbeku di Malaysia.
Boleh sertai beliau di Facebook Eko Salina atau ikuti di Instagram eko.salina

No comments:
Post a Comment