Thursday, June 25, 2020

Bab 3.10 Adakah Hibah Boleh Ditarik Balik?

Saya telah hibahkan rumah pertama kepada Isteri saya, manakala rumah kedua kepada anak-anak saya.

Soalan:

Adakah saya boleh tarik balik hibah yang telah dibuat?

Jawapan:

Sekiranya hibah yang telah terlaksana itu cukup rukun dan syarat sah Hibah, hibah kepada isteri tidak boleh ditarik balik.  Melainkan mendapat keizinan daripada isteri.  Manakala ayah/ ibu hibahkan harta kepada anak-anak atau datuk/nenek hibahkan harta kepada cucu-cucunya, hibah boleh ditarik semula.

Hadis Rasullah s.a.w yang bermaksud:

"Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya".  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...