Wednesday, June 24, 2020

Bab 3.1 Wasiat Lisan

Wasiat Lisan

Soalan:

Ayah saya telah meninggal dunia tiga tahun lepas.  Sebelum meninggal, arwah ayah ada meninggalkan pesanan kepada kami adik beradik. Ayah berpesan sekiranya hendak menjual rumah tinggalan beliau, hendaklah dibahagikan sama rata.

Saya mempunyai 2 orang Abang dan 3 orang kakak.  Baru-baru ini abang sulong saya menghadapi masalah kewangan dan kami bersetuju untuk menjual rumah pusaka dengan nilaian harga RM600,000. 2 orang abang saya ingin membuat pembahagian mengikut faraid, manakala kami (anak perempuan) ingin mengikut amanah arwah ayah.

Jadi bagaimana wasiat ayah saya sebelum ini dan situasi kami sebagai anak perempuan?

Jawapan:

Sebelum urusan jualbeli rumah yang masih atas nama si mati dibuat, urusan pembahagian harta hendaklah diselesaikan dahulu.

Berkenaan dengan wasiat lisan yang diberikan oleh ayah, wasiat tersebut adalah tidak sah kerana diberikan kepada waris faraid. Berkenaan dengan pembahagian, dalam kes ini anak lelaki tidak setuju dengan pembahagian sama rata.  Oleh itu, bahagian mereka adalah seperti dalam hukum faraid dan pembahagian tersebut perlu didahulukan. Manakala bahagian untuk anak perempuan dibahagikan sama rata.




No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...