Wednesday, June 24, 2020

Bab 2.3 Dimanakah Nak Urus Pusaka?

Ramai yang masih kurang faham dan tidak tahu bagaimana hendak mulakan apabila berhasrat untuk uruskan pusaka si mati.  Pengurusan Harta Pusaka bergantung kepada nilaian harta seseorang itu.  Sama ada si mati hanya meninggalkan harta alih sahaja atau pun harta alih dan harta tak alih.

3 Kategori Harta Pusaka:

  • Harta Pusaka Ringkas - Harta Pusaka Ringkas ialah harta di bawah RM600,000 dan tertakluk kepada harta alih sahaja. Harta Alih ini termasuk wang simpanan di bank, Tabung Haji, ASB, ASN, kenderaan, pelaburan dan sebagainya.  Permohonan ini dibuat di Amanah Raya Berhad (ARB).

  • Harta Pusaka Kecil - Nilaian harta yang tidak melebihi daripada RM2 juta dan ianya adalah Harta Alih dan Harta Tak Alih.  Pengurusan di buat di Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)

  • Harta Pusaka Besar - Harta Pusaka Besar ialah harta alih atau tak alih bernilai lebih daripada RM2 juta.  Sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat pentadbiran, ianya perlu mendapat pengesahan di Mahkamah Tinggi Sivil.  Bagi tuntutan harta pusaka melebihi RM2 juta permohonan di buat di Mahkamah Tinggi Sivil.


No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...