Soalan:
Puan, rumah yang di diami oleh arwah ibu mempunyai 2 nama iaitu nama ayah dan arwah ibu saya. Ayah dan arwah ibu telah bercerai ketika saya berumur 12 tahun. Namun begitu penamaan rumah tersebut masih kekal. Ayah saya telah berkahwin lain dan mempunyai anak bersama isteri baru.
Saya mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Saya pula merupakan anak sulong lelaki. Apa yang perlu saya lakukan untuk dapatkan bahagian kami?
Jawapan:
50% daripada bahagian rumah tersebut adalah hak mutlak ibu dan 50% lagi adalah milik ayah. Untuk bahagian ibu Tuan, waris faraid anak lelaki (2/6 untuk setiap waris) dan anak perempuan adalah 1/6 bahagian yang akan diperolehi.
Tuan dan adik beradik boleh berbincang, sama ada menukarganti bahagian ayah dengan wang yang membolehkan Tuan dan adik beradik memiliki keseluruhan rumah tersebut. Atau pun dengan cara lain adalah dengan menjual rumah tersebut. 50% hasil jualan adalah milik ayah Tuan dan 50% lagi mengikut faraid arwah ibu.
Bagi urusan hartanah ini, ianya adalah dalam bidang kuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG atau pun Mahkamah Tinggi bergantung kepada nilaian harta tersebut. Manakala urusan pindah milik adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah.
No comments:
Post a Comment