Thursday, June 25, 2020

Bab 3.6 Adakah Anak Derhaka Dapat Harta Pusaka?

Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah berpesan kepada kami, adik bongsu lelaki kami tidak akan dapat satu sen pun harta peninggalan ayah. Ini adalah kerana adik bongsu kami telah derhaka kepada ayah kami.

Soalan:

Adakah adik bongsu lelaki  tidak dapat harta pusaka?

Jawapan:

Dalam kes ini, sekiranya adik lelaki bongsu masih hidup selepas kematian ayahnya, dari segi hukumnya adik bongsu lelaki tersebut mempunyai hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. Waris-waris yang lain tidak boleh menidakkan haknya sebagai waris yang sah.

No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...