"Saya ada anak lelaki dan perempuan. Bila saya mati nanti, harta saya dapat kat waris-waris saya".
Orang selalu beranggapan jika ada anak lelaki, adik beradik si mati tidak dapat mewarisi kerana mereka terdinding oleh anak lelaki.
Tahukah Anda? Terdapat 25 golongan waris yang boleh mewarisi harta anda. Kes di bawah adalah berdasarkan kepada kes sebenar. Ketika ebook ini ditulis, tuntutan pusaka ini masih belum selesai lagi.
Ahmad (nama samaran) meninggal dunia pada tahun 2018. Beliau meninggalkan:
1. Nenek (Ibu kepada arwah Ibu Ahmad)
2. Isteri
3. Anak Lelaki 2 orang
4. Anak Perempuan 3 orang.
Ibu dan Bapa Ahmad telah lama meninggal dunia dan anak-anak Ahmad masih lagi kecil. Dalam usaha isteri Ahmad untuk selesaikan hal pusaka Ahmad, baru-baru ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nenek Ahmad meninggal dunia sebelum sempat hadir bicara kuasa yang tertangguh akibat PKP. Isteri Ahmad beranggapan bahawa beliau dan anak-anaknya sahaja yang akan mewarisi harta Ahmad.
Apabila hadir bicara kuasa, sangkaannya meleset. Rupanya ada waris berlapis pula. Isteri Ahmad terpaksa pula berhadapan dengan adik beradik arwah Ibu Ahmad seramai lapan orang untuk memohon pelepasan hak bagi anak-anak Ahmad yang masih kecil. Maka kes ini tertangguh selagi tidak dapat persetujuan daripada semua waris.
Kebiasaannya kita beranggapan, jika ada anak lelaki tidak perlu membuat perancangan harta semasa hidup. Walaubagaimanapun, setiap daripada kita perlu faham dan tahu siapakah waris faraid masing-masing supaya waris yang ditinggalkan tidak akan terbeban untuk uruskan harta yang ditinggalkan. Rancang harta bukan kerana ingin elak daripada hukum faraid, tetapi kerana kita sayangkan mereka.
No comments:
Post a Comment