Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia (untuk diwarisi oleh keluarganya)
Harta Pusaka ini adalah peninggalan si mati seperti harta alih dan harta tak alih. Contoh harta alih dan harta tak alih adalah seperti berikut:
|
Harta Alih |
Akaun simpanan di bank, akaun semasa, simpanan
di Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, pelaburan, saham Koperasi, saham
Syarikat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kenderaan |
|
Harta Tak Alih |
Rumah Teres, Banglo, Kondominium, Pangsapuri,
rumah kedai, tanah lot, tanah Felda dan tanah pertanian |
b. Waris
- Waris bermaksud orang yang berhak menerima harta warisan peninggalan si mati disebabkan oleh perkahwinan dan kekeluargaan.
c. Pewaris
- Pewaris adalah orang yang mati secara hakiki yang telah disahkan kematiannya oleh doktor yang bertauliah atau hakim yang diputuskan dia mati atau meninggal dunia.
d. Sebab Pewarisan
|
Sebab |
Keterangan |
|
Nasab |
Hubungan antara waris dan
pewaris disebabkan kelahiran atau kerabat hakiki |
|
Perkahwinan |
Akad nikah yang sah antara suami dan isteri |
|
Wala’ |
Pembebasan Hamba |
|
Agama |
Islam atau Baitulmal |
No comments:
Post a Comment