Thursday, June 25, 2020

Bab 4.1 Pewarisan Adalah Punca Kekayaan

Merujuk kepada report daripada Credit Suisse Global Wealth:

"52% - 81% punca kekayaan adalah disebabkan oleh pewarisan dan pemindahan harta antara generasi".

Melalui pewarisan ini, ianya mampu menjana kekayaan kepada waris.  Harta pusaka yang diperolehi boleh membantu sebagai modal pusingan perniagaan, anak-anak mendapat pendidikan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih selesa.  Sekiranya masyarakat pada hari ini mempunyai kesedaran yang tinggi dalam urus dan rancang harta semasa hidup, tidak mustahil harta yang ditinggalkan dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan sekaligus dapat meningkatkan kutipan zakat.  Ini secara tidak langsung pihak Zakat dapat membantu lebih ramai lagi fakir miskin di negara kita.

Apabila kehilangan suami, isteri dan anak-anak yang paling terkesan.  Apatah lagi jika kematian itu adalah secara mengejut.  Tambahan pula sekiranya tiada persediaan dibuat dari segi kewangan. Tidak mustahil isteri terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga.  Ada yang lebih malang apabila berlakunya isteri dan anak-anak yang kehilangan suami ini nasibnya tidak terbela.  Disebabkan harta, isteri dan anak-anak dibuang tanpa tempat berlindung.

Ianya sangat berbeza dengan kaum Cina, kesedaran yang tinggi membuatkan mereka untuk merancang dan urus harta semasa hidup. Perancangan pewarisan yang baik mampu membela nasib waris yang ditinggalkan.

No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...