"Saya ada anak lelaki dan perempuan. Ikut faraid je lah senang".
"Harta arwah tak banyak mana pun. Kos nak dapatkan harta lagi mahal dari harta arwah. Biar jelah kat
Amanah Raya".
"Tunggu dia orang besar, tukarlah nama siap-siap. Tak perlu nak buat hibah".
Pernah dengar ayat-ayat di atas? Mungkin kita pernah dengar daripada orang lain dan mungkin juga daripada mulut kita sendiri. Statistik menunjukkan bahawa 90% harta terbeku daripada 70 bilion adalah milik orang Islam. Alangkah ruginya harta ini tidak dapat menjana ekonomi orang Islam khususnya dan dimanfaatkan oleh waris yang berhak.
Alasan demi alasan inilah punca harta orang Islam tidak dapat dituntut. Antara sebabnya adalah sikap kita sendiri yang suka bertangguh atau tidak ambil endah. Sikap pemilik harta beginilah yang menyebabkan harta pusaka tidak dapat diurus dengan baik. Tiada lantikan pentadbir semasa hidup juga boleh menyebabkan ada waris tolak menolak untuk uruskan pusaka si mati. Kelewatan urus pusaka boleh berlakunya kematian waris berlapis-lapis dan berkemungkinan hutang si mati tidak dapat diselesaikan.
Islam meletakkan kepentingan untuk menjaga dan menguruskan kewangan dengan baik. Ini termasuklah dari segi aspek menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup seperti nafkah keluarga, zakat dan lain-lain. Harta yang kita ada adalah amanah dan tanggungjawab kita untuk dirancang dan diurus supaya dapat diwariskan kepada waris-waris yang berhak selepas kematian kita.
Harta juga adalah ujian kepada manusia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi RH daripada Ka'ab bin 'Iyadh RA, sabda Rasullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya setiap umat mempunyai fitnah, dan fitnah bagi umatku adalah harta".
No comments:
Post a Comment