Wednesday, June 24, 2020

Bab 2.1 Waris-waris Boleh Uruskan Harta Saya?

"Takpelah..Saya ada anak lelaki dan perempuan. Dia orang boleh uruskan nanti".
Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkan akan dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.  Walaubagaimanapun, sebelum harta diagihkan kepada waris-waris yang ada, waris perlu melalui proses pentadbiran pusaka.

Persoalannya:
  • Siapa tahu buat?
  • Hendak berjumpa dengan siapa?
  • Berapa fi yang dikenakan? 
  • Siapa yang akan bayar?
Analoginya begini, dalam sebuah rumah ada 2 bilik dan setiap bilik ada pintu dan kuncinya.  Kita andaikan Pintu 1 adalah pintu rumah, jika pintu rumah pun tidak dapat dibuka, apatah lagi nak masuk bilik lain.

Sama juga dengan urus tadbir pusaka ini, Pintu 1 adalah untuk dapatkan Surat Kuasa Tadbir/ Letter of Administration (LA), Pintu 2 adalah bahagian urusan Pentadbiran dan Pintu 3 barulah Pembahagian.  Jika Pintu 1 pun banyak halangannya, belum tentu lagi Pintu 3 iaitu pembahagian harta dapat diagihkan kepada waris-waris yang berhak. 

Mungkin kita rasa tidak susah untuk uruskannya, namun sebenarnya ianya tidak mudah JIKA:

  • Waris tidak faham hukum berkaitan harta pusaka
  • Waris tidak tahu proses urus tadbir pusaka
  • Waris tiada masa
  • Waris tiada duit hendak tanggung kos pengurusan pusaka
Berdasarkan pengalaman kami, ada waris yang tidak tahu bagaimana hendak mulakannya. Malah ada kes bertangguh yang mana arwah telah meninggal dua tahun lepas tetapi masih belum uruskan lagi harta peninggalan arwah ayahnya. Keluarga ini bernasib baik kerana semua waris masih ada lagi.  Ada juga sudah ke Amanah Raya Berhad, tetapi ada dokumen yang hilang pula dan perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat pengesahan.  Kes akan menjadi 'complicated' sekiranya ada waris berlapis-lapis.  Inilah antara punca kenapa harta terbeku sehingga 70 Bilion.  

Sikap orang kita yang suka bertangguh dan ambil mudah menyebabkan satu kerugian besar bagi ekonomi umat Islam khususnya kerana harta yang ditinggalkan tidak dapat dikembangkan dan di zakatkan.  Ada juga mentaliti waris-waris yang merasakan pembahagian harta pusaka ini tidak penting, apatah lagi jika diuruskan dengan segera akan di 'cop' sebagai tamak harta pula.  Sedangkan ianya memang dituntut dalam Islam supaya harta yang ditinggalkan perlu diurus dengan segera supaya urusan si mati di sana nanti tidak tetangguh.


No comments:

Post a Comment

Bab 1.5 Harta Atuk Milik Siapa?

Saya didatangi oleh seorang cucu yang ingin membuat hibah rumah yang dimiliki oleh atuknya.  Jarang sekali orang yang tidak dikenali sanggup...