Dari segi CRISS, suami saya tidak layak untuk membeli rumah ketiga. Lalu suami kata pada saya, dia hanya pinjam nama saya untuk pembelian rumah. Memandangkan suami yang akan bayar pinjaman rumah tersebut, saya pun bersetuju pembelian rumah atas nama saya.
Soalan:
Adakah selepas kematian suami, rumah tersebut milik pusaka suami?
Jawapan:
Ya. Dari segi hukumnya rumah tersebut adalah milik pusaka suami. Oleh itu, isteri perlulah amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Melainkan jika semasa hidup, si suami telah menyatakan rumah tersebut diberikan sepenuhnya kepada isterinya dan isteri bersetuju. Maka, rumah tersebut akan menjadi milik isteri.
Sekiranya suami hanya bersetuju untuk menggunakan nama isteri sahaja, sebaiknya isteri hibahkan rumah tersebut kepada suaminya. Ini kerana dari segi undang-undang pula, rumah tersebut adalah milik isteri. Dengan adanya dokumen hibah yang sah, sekaligus menggelakkan dari berlakunya persengketaan atau salah faham dikalangan keluarga isteri.
No comments:
Post a Comment